Terms & conditions

  • Penggunaan kolam renang dan kemudahan awam adalah tertakluk kepada peraturan pihak pengurusan bangunan, termasuk waktu operasi, etika pemakaian, dan keselamatan. Kanak-kanak hendaklah sentiasa diawasi oleh orang dewasa.
  • Tetamu tidak dibenarkan menggunakan lif dengan pakaian basah atau membawa barangan yang menitis air.
  • Kenderaan tetamu hendaklah diparkir di petak parkir yang dibenarkan sahaja.
  • Parkir di kawasan larangan boleh menyebabkan tindakan oleh pihak keselamatan.
  • Hanya tetamu yang berdaftar dibenarkan menginap.
  • Lawatan, majlis, atau tetamu tambahan tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan.
  • Tetamu dikehendaki mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan bangunan.
  • Sebarang denda atau tindakan akibat pelanggaran peraturan oleh tetamu adalah tanggungjawab tetamu sepenuhnya.
  • Pihak pengurusan berhak menamatkan penginapan tanpa bayaran balik sekiranya berlaku pelanggaran serius terhadap peraturan.