House rules
Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semua tetamu, sila patuhi peraturan berikut sepanjang penginapan anda:
- Merokok dan vape tidak dibenarkan di dalam unit, termasuk di tandas dan balkoni. Denda pembersihan tambahan akan dikenakan sekiranya peraturan ini dilanggar.
- Haiwan peliharaan tidak dibenarkan sama sekali di dalam unit.
- Minuman beralkohol tidak dibenarkan di dalam unit penginapan.
- Perabot dan kelengkapan tidak dibenarkan untuk diubah, dipindahkan atau disusun semula. Sebarang kerosakan atau kehilangan akan dikenakan caj gantian.
- Kod pintu akan diberikan sebelum waktu daftar masuk bagi tujuan keselamatan dan kemudahan tetamu.
- Waktu daftar masuk dan daftar keluar
- Daftar masuk: 3:00 petang
- Daftar keluar: 12:00 tengah hari
- (Sila maklumkan lebih awal sekiranya memerlukan perubahan masa (tertakluk kepada ketersediaan))
- Maksimum tetamu dihadkan ke tujuh dan berdaftar dibenarkan menginap. Tetamu tambahan adalah tidak dibenarkan.
- Sila jaga kebersihan unit.
- Buang sampah ke tempat yang disediakan
- Pastikan dapur dan peralatan digunakan dengan cermat.
- Sila kurangkan bunyi bising selepas jam 10:00 malam bagi menghormati ketenteraman jiran sekitar.
- Pastikan semua peralatan elektrik dan lampu ditutup apabila tidak digunakan atau sebelum keluar dari unit.
- Kerosakan atau kehilangan barang hendaklah dimaklumkan segera kepada pihak pengurusan.
- Caj pembaikan atau gantian akan dikenakan jika perlu.
- Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan barang peribadi sepanjang tempoh penginapan.